fbpx

AS komited lindungi Filipina daripada China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blinken (kiri) bersama Marcos Jr di Istana Malacanang di Manila pada 6 Ogos lalu. - AFP/Getty Images

MANILA – Setiausaha Negara Amerika Syarikat,  Antony Blinken memberikan keyakinan kepada  Filipina bahawa Washington berjanji akan memberi sokongan penuh kepada Manila dalam berdepan tindakan agresif China, lapor laman berita RT kelmarin.

“Perjanjian Pertahanan Bersama 1951 antara Washington dan Manila kekal kukuh.

“Kami sentiasa menyokong rakan kongsi kami, manakala serangan bersenjata ke atas angkatan tentera Filipina, kapal awam, atau pesawat di Laut China Selatan akan mengaktifkan perjanjian ini.

“Washington akan memberi komitmen penuh di bawah perjanjian sama,” kata Blinken pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawat beliau dari Filipina, Enrique Manalo.

Selain membincangkan isu keselamatan serantau dengan Manalo dan Presiden Ferdinand Marcos Jr., Blinken juga berbicara tentang bagaimana untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala dan demokrasi.

Blinken kini dalam rangka lawatan sepuluh hari ke Kemboja, Filipina, Afrika Selatan, Congo dan Rwanda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI