fbpx

52 Ahli Dewan Negara setuju, Akta Antilompat Parti diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 52 Ahli Dewan Negara hari ini bersetuju dengan Pindaan Perlembagaan Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 bagi melarang ahli Parlimen bertukar parti.

Keputusan tersebut menyaksikan Dewan Negara juga turut meluluskan bacaan kali kedua dan ketiga RUU tersebut atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang manakala tujuh lagi ahli tidak hadir.

Terdahulu, sewaktu menggulung RUU tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini merupakan satu sejarah memandangkan ia merupakan RUU kedua yang digubal badan Parlimen sendiri.

“Ini adalah undang-undang kedua Malaysia yang digubal oleh Parlimen melalui Jawatankuasa Pilihan Khas. Yang pertama ialah penggubalan pindaan kepada Rang Undang Undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada 2006.

“Ini adalah yang kedua dan sejarah kepada negara kita kerana undang-undang yang bukan digubal terus dari agensi namun begitu Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang adalah penyokong dan pembantu dalam menggubal RUU ini,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Sebelum ini pada 28 Julai lalu di Dewan Rakyat, sejumlah 209 ahli Parlimen menyokong RUU berkenaan yang antara lain boleh menyebabkan seseorang ahli Parlimen hilang kerusi dimenanginya jika wakil rakyat itu bertukar parti.

Manakala seramai 11 orang ahli Parlimen lagi tidak hadir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI