fbpx

Warga Perancis maut ketika ‘hiking’ Gunung Jasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki warga Perancis maut ketika melakukan aktiviti 'hiking' di Gunung Jasar di Cameron Highlands di sini hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Kegembiraan sekumpulan pelancong asing melakukan aktiviti ‘hiking’ di Gunung Jasar di sini hari ini bertukar kedukaan apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Marc Antoine Anne Marie, 52, yang berasal daripada Perancis melakukan pendakian sebelum tiba-tiba pengsan ketika berada di dalam hutan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang menerima laporan pada pukul 10.38 pagi mengenai mangsa yang dilaporkan pengsan telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya memberi rawatan awal kepada mangsa yang pengsan dengan bantuan pernafasan tetapi tiada tindak balas daripada mangsa.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan dibawa turun menggunakan ‘stretcher’ oleh pihak bomba,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI