fbpx

Tottenham Hotspur bermula garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Tottenham Hotspur meraikan jaringan ketika menewaskan Southampton 4-1.

TOTTENHAM Hotspur pamer kebangkitan luar biasa untuk mengesahkan kemenangan besar 4-1 ke atas Southampton pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, sebentar tadi.

Bintang tengah tuan rumah, Dejan Kulusevski mengharungi hari paling gemilang selepas mencipta satu jaringan dan turut menghasilkan satu bantuan gol ketika Tottenham Hotspur meledak gol penyamaan.

Seawal minit ke-12, kesungguhan Southampton akhirnya membuahkan hasil selepas sepakan menarik James Ward-Prowse berjaya menemui sasaran.

Selang sembilan minit selepas itu, Ryan Sessegnon berjaya berada di kedudukan tepat untuk menyambut hantaran Kulusevski sekaligus menjadikan aksi kembali seimbang.

Minit ke-31, pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris musim lalu, Son Heung-Min terus pamer magis ketika melakukan umpanan kepada Eric Dier yang meledak gol kedua buat Tottenham Hotspur.

Anak buah Antonio Conte mula mendapat rentak terbaik di babak kedua dengan menambah dua lagi gol, bermula dengan jaringan sendiri pertahanan Southampton, Mohammed Salisu pada minit ke-61.

Berselang dua minit selepas itu, Kulusevski terus mencuri perhatian dan kali ini meletakkan namanya selaku penjaring gol keempat The Lilywhites. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI