fbpx

SIDEC promosi jenama tempatan ke pasaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAI PING (tengah) bersama 16 calon yang terpilih untuk mengikuti program SFA di i-City, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM- Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) mahu memastikan lebih banyak  jenama fesyen tempatan dipromosikan ke seluruh dunia melalui platform maya.

Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping berkata, jenama tempatan berpotensi berkembang di peringkat global berdasarkan reka bentuk pakaian yang unik yang dihasilkan pereka fesyen tempatan.

“Bagi mencapai usaha tersebut,  program Pemecut Fesyen Selangor (SFA) yang julung kali diperkenalkan tahun ini adalah langkah tepat untuk menyokong perniagaan fesyen.

“Program ini akan memilih enam jenama tempatan ke peringkat akhir bagi mereka memperoleh peluang untuk membentangkan idea kepada pelabur dan rakan kongsi industri untuk melabur dalam jenama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan SFA di  i-City di sini baru-baru ini.

Kai Ping menerangkan,  peserta program yang terpilih akan menerima akaun SQL bernilai RM948, SQL Payroll (RM588), pakej ringan dan mudah Sprii Commerce (RM600) dan pakej awal Pingspace.

Kai Ping berkata, peserta terpilih bakal menerima tawaran pelaburan daripada The Hive Southeast Asia dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI