fbpx

Shahrol Shiro bakal dilantik Ahli Majlis MPK?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrol Shiro

KLUANG – Bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro akan dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Shahrol Shiro, 38, akan dilantik memegang jawatan itu bermula 1 Ogos himgga 31 Disember 2023.

Surat jemputan angkat sumpah Ahli Majlis MPK mula tersebar sejak hari ini dan difahamkan akan berlangsung kira-kira pukul 3 petang esok di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

Bekas penyampai radio itu antara 21 orang Ahli Majlis MPK yang baharu dilantik untuk mengangkat sumpah pengakuan menerima jawatan, sumpah menyimpan rahsia serta ikrar menentang rasuah.

Shahrol yang lebih dikenali dengan nama Shahrol Shiro mula berjinak-jinak di dalam parti politik sekitar tahun 2019 sebelum dilantik sebagai Penolong Bendahari Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kluang.

Selain berkecimpung dalam arena politik selepas meninggalkan kerjayanya sebagai artis, Shahrol kini juga adalah Pengarah syarikat Bushido Production. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI