SHAH ALAM – Bangsa usahawan perlu memanfaatkan peluang mengikuti sesi konsultasi eksklusif bersama RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang sentiasa menyokong mereka ketika tempoh mencabar kini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, pihaknya sedar cabaran dihadapi usahawan terutama berkaitan kenaikan kos operasi dan menerima banyak pertanyaan melalui panggilan telefon serta media sosial.
“Sehubungan itu, RichWorks adakan program Business Evaluation Session Transformation (BEST) yang kami taja sepenuhnya setiap hujung minggu di ibu pejabat di Shah Alam.
“Usahawan akan lebih kenal keadaan bisnes mereka dan tahu apa yang patut dilakukan,” katanya ketika ditemui pada program Business Metamorphosis Bootcamp (BMB) semalam.
BMB dihadiri sekitar 2,000 usahawan terdiri daripada pengasas, stokis, ejen dan dropship.
Tambah Radz, sesi BEST mengambil masa sekitar dua jam supaya pihaknya dapat membantu dan memberi nilai kepada usahawan terlibat.
Untuk keterangan dan tempahan tempat, layari richworks.com/best atau imbas kos QR tertera.