SELEPAS muncul dengan imej lebih sopan sejak tahun lalu, macam-macam perkara baik yang dilakukan Zizi Kirana.
Memang berbeza dengan kehidupannya sebelum ini, berubah 180 darjah.
Terbaharu, dia sekali lagi mengundang pujian ramai apabila memuat naik video berselawat dengan suami tercinta, Yusuf Bahrin dalam YouTube
Memang merdu suara mereka dan sejuk saja hati melihat gelagat pasangan ini lebih-lebih melakukan perkara ke arah kebaikan.
“Masya-Allah merdunya, seperti alunan suara orang Arab. Sejuk hati melihat pasangan ini berselawat,” komen salah seorang penonton video tersebut.
Tidak kurang juga ada yang meminta Zizi menghasilkan sebuah album lagu nasyid dan selawat selepas ini.
Nampaknya permintaan sudah banyak, mungkin Zizi boleh pertimbangkan cadangan tersebut, pasti akan mendapat sambutan hebat.
DIVA: Manis sungguh Nelydia Senrose selepas pulang dari menunaikan ibadah haji. Semoga kekal istiqamah berhijab.