fbpx

Satu jawatankuasa ditubuh siasat dakwaan insiden di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali

PUTRAJAYA – Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigesen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Ogos lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, penubuhan Jawatankuasa Siasatan itu adalah selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah bersidang Jumaat lalu.

“Jawatankuasa ini akan bersidang secepat mungkin dengan dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Ia akan dianggotai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zuki, jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada kedua-dua pihak.

“Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan selanjutnya,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 3 Ogos lalu melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang pegawai imigresen berhubung insiden tengking yang berlaku di sebuah ‘bilik VIP’ dekat KLIA.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan balas bagaimanapun menegaskan bahawa segala pertuduhan terhadap KPPA itu adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI