fbpx

Polis bantuan peras ugut, ‘curi’ RM1,000 duit pasangan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih yang dipercayai sedang ‘berkhalwat’ di dalam kereta di belakang sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini malam kelmarin diugut oleh dua polis bantuan agar tidak dikenakan sebarang tindakan terhadap mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memberitahu, kedua-dua anggota itu meminta wang sebanyak RM500 sebagai balasan bagi melepaskan mereka, namun pengadu bagaimanapun memaklumkan tidak mempunyai wang tunai mencukupi.

“Kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 32 tahun itu kemudian meminta suspek menyerahkan kad mesin wang automatik (ATM) miliknya beserta nombor pin bagi membolehkan mereka mengeluarkan sendiri wang milik pengadu.

“Tidak lama selepas pengadu dilepaskan kedua-dua suspek, pengadu menerima pesanan ringkas di telefon bimbit memaklumkan terdapat pengeluaran berjumlah RM1,000 dibuat daripada akaun bank miliknya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, pengadu kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) pada pukul 11.23 pagi, semalam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan anggota polis bantuan bertugas di kawasan bangunan pusat beli belah berkenaan dan mereka  berjaya ditahan kira-kira pukul pukul 9 malam, semalam.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,000 yang merupakan barang kes,” ujarnya sambil memberitahu kedua-dua suspek kini dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI