fbpx

Peningkatan gaji penting kawal gejala rasuah penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – UMNO Putrajaya sebulat suara menyokong perjuangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) dalam memperjuangkan peningkatan gaji skim penjawatanan kerajaan.

UMNO Putrajaya dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan Tengku Adnan Tengku Mansor telah membuat keputusan untuk menyokong perjuangan Cuepacs kerana sudah lama penjawat awam menggunakan skim gaji yang lama.

“Kali terakhir penetapan gaji minimum pada takat RM1,200 sebelum ini diperkenal pada tahun 2013. Pemberian kenaikan gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia kali terakhir pula hanya dilaksanakan pada 15 tahun yang lalu (2007).

“Peningkatan kos sara hidup yang dirasai seluruh dunia sudah pasti dirasai semua termasuk penjawat awam. Ia sedikit sebanyak membantu penjawat awam untuk menampung kenaikan kos sara hidup yang tidak boleh dielakkan,” katanya hari ini.

Sementara itu, UMNO Putrajaya menjelaskan bahawa gaji penjawat awam di negara Asia yang lain juga adalah lebih tinggi mengikut dapatan purata dikeluarkan oleh Bank Dunia temasuklah India, Korea, dan Thailand.

“Peningkatan gaji adalah penting untuk membantu kawalan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.

“Kenaikan gaji tahunan yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) adalah wajar dipertimbang semula untuk menjaga kebajikan penjawat awam.

“UMNO Putrajaya meminta kerajaan mengkaji semula gaji dan elaun kakitangan awam sejajar dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI