fbpx

Pelaut selamat selepas 16 jam hanyut di Atlantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi menyelamat seorang warga Perancis di tengah lautan Atlantik. - Global News

MADRID – Seorang lelaki Perancis berusia 62 tahun terselamat apabila berada di dalam gelembung udara selama selama 16 jam selepas perahu layarnya terbalik di Lautan Atlantik, lapor stesen televisyen Sky News  kelmarin.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya, diselamatkan dalam operasi yang disifatkan sebagai mustahil, selepas pasukan kecemasan menerima isyarat kecemasan, Isnin lalu.

Isyarat kecemasan itu dikesan di perairan Kepulauan Sisargas, barat laut Sepanyol, kata pasukan pengawal pantai.

Sebuah kapal penyelamat yang membawa lima penyelam belayar untuk menyelamatkan lelaki itu. Lokasinya dikesan oleh salah satu daripada tiga helikopter yang dihantar untuk membantu usaha pencarian.

Lelaki itu memberi tindak balas kepada penyelam mengetuk badan perahu  dari dalam.

Bagaimanapun,  pada masa itu, laut terlalu bergelora dan memaksa pasukan itu memasang beberapa biji belon keapungan pada badan perahu untuk mengelakkannya  daripada tenggelam dan menunggu sehingga awal pagi.

Lelaki itu ditemui di bawah bot tersebut. Dia memakai sut kelangsungan hidup neoprena dan  ditenggelami air hingga paras  lutut  ketika dua penyelam berenang ke bawah untuk membantunya keluar.

Dia kemudian dibawa ke tempat selamat dengan menaiki helikopter sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Lelaki tersebut  dibenarkan pulang tidak lama kemudian.

Data pengesanan  menunjukkan perahu  layar mangsa, Jeanne SOLO Sailor telah berlayar dari ibu kota Portugal, Lisbon pada pagi hari sebelumnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI