fbpx

Pecco Bagnaia mahu fokus buru Fabio Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO terlibat dengan insiden kemalangan jalan raya sebelum ini akibat mabuk, namun dia sudah bersedia melupakan episod hitam tersebut. – AFP

LONDON – Pelumba utama pa­sukan Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia mengakui sudah melupakan ‘mimpi ngeri’ dalam usaha memberikan yang terbaik menjelang saingan Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone malam ini.

Sebagai rekod, Pecco berdepan detik cemas apabila terlibat dengan kemalangan selepas pulang daripada berparti di pusat pelancongan Ibiza, Sepanyol selepas memandu dalam keadaan mabuk bulan lalu.

Kata Pecco, tragedi tersebut sudah dilupakan sepenuhnya dan kini memberikan tumpuan pada perlumbaan GP Britain dalam usaha mengurangkan perbezaan defisit 66 mata dengan pendahulu saingan MotoGP ketika ini, Fabio Quartararo yang mewakili Monster Energy Yamaha.

“Saya sudah katakan sebelum ini apa yang saya rasakan selepas berlakunya kemalangan tersebut dan saya kesal apa yang telah terjadi. Kini, selepas empat ming­gu, saya akui sudah pulih sepenuh­nya dari segi fizikal dan mental untuk terus beraksi.

“Secara jujur, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk mencampur-adukkan hal peri­badi dengan karier dan ketika ini saya boleh memberi jaminan bahawa tumpuan penuh akan diberikan pada kempen GP Britain nanti,” katanya.

Pecco ketika ini menduduki tangga keempat keseluruhan pada carta kategori pelumba selepas mengutip 106 mata selain berjaya menjuarai tiga perlumbaan musim ini pada GP Sepanyol, GP Itali dan GP Belanda.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI