fbpx

Lelaki transgender dipenjara 10 tahun guna alat palsu tipu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tarjit menggunakan zakar palsu semasa mengajak tiga wanita dan seorang remaja mengadakan hubungan seksual. - Independent UK

LONDON – Seorang lelaki transgender di England dihukum penjara 10 tahun kerana menggunakan zakar prostetik atau palsu untuk mengumpan dua wanita dan seorang  remaja perempuan supaya melakukan hubungan intim, lapor agensi berita ANI baru-baru ini.

Tertuduh, Tarjit Singh, 32, dilahirkan sebagai perempuan bernama Hannah Walters tetapi kini dikenali sebagai lelaki. Dia akan memakai kemaluan palsu itu semasa melakukan hubungan intim di dalam gelap.

Menurut laporan, Singh disabitkan dengan tiga pertuduhan serangan seksual, enam pertuduhan serangan yang mendatangkan kecederaan tubuh badan dan satu pertuduhan membuat ugutan bunuh dalam perbicaraan di sebuah mahkamah Britain awal tahun ini.

Mahkamah mendengar bagaimana Singh mengugut untuk membakar seorang mangsa selepas menyerangnya dengan cecair pemetik api dan kemudian mematahkan hidung wanita itu dengan menggunakan telefon bimbit. 

Dia juga menampar dan menumbuk mangsa.

Hakim Oscar Del Fabbro berkata, Singh mengundang  risiko kepada orang ramai dan merupakan ‘pesalah berbahaya’ yang berulang kali melakukan tindakan keganasan dan serangan terhadap tiga mangsa tersebut.

Dalam keputusannya, Hakim berkata, daripada berterus-terang dan bercakap secara jujur ​​tentang status jantinanya, Singh memilih jalan penipuan.

“Anda menipu mereka bahawa anda lelaki dan bertindak seperti anda lelaki,” tambah Hakim Fabbro.

Singh akan menjalani hukuman penjara 10 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI