fbpx

Jong-un tawar 100,000 askar kepada Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jong Un (kiri) menghadiri pertemuan dengan Putin di Vladivostok, Rusia pada 25 April 2019. - AFP

MOSCOW – Presiden Russia Vladimir Putin mempertimbangkan tawaran bantuan oleh Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un dalam pencerobohannya ke atas Ukraine, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

Jong-un didakwa menawarkan bantuan 100,000 anggota tentera sebagai pertukaran kepada bekalan tenaga dan bijirin.

Korea Utara menjelaskan melalui ‘saluran diplomatik’ bahawa Pyongyang bersedia menyediakan buruh untuk membaiki kerosakan perang selain membekalkan pasukan tentera yang besar dalam usaha memenuhi permintaan Moscow, lapor agensi berita Regnum.

Tentera Korea Utara akan dikerah membantu kumpulan pemisah pro-Rusia di Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Luhansk (LPR) yang kedua-duanya diiktiraf oleh Jong-un baru-baru ini sebagai negara merdeka.

“Negara itu (Korea Utara) bersedia untuk mengerahkan kira-kira 100,000 askarnya ke Donbas. Pyongyang akan dapat memindahkan unit taktikalnya ke Donbas,” kata laporan agensi berita pro-Kremlin itu.

Sebagai balasan, bijirin dan tenaga akan dibekalkan kepada Korea Utara yang ekonominya terjejas.

“Kita tidak seharusnya malu menerima bantuan yang dihulurkan oleh Kim Jong-un.

“Terdapat laporan bahawa 100,000 sukarelawan Korea Utara bersedia untuk datang dan mengambil bahagian dalam konflik ini,” kata pakar pertahanan Russia, Kolonel Igor Korotchenko kepada saluran televisyen kerajaan.

Korotchenko yang merupakan ketua pengarang jurnal Pertahanan Nasional Russia di saluran televisyen Rossiya 1 ditanya oleh penyampai lain mengenai kemungkinan penglibatan ‘sukarelawan’  dari Korea Utara.

“Sekiranya sukarelawan  Korea Utara  bersama sistem artileri dan pelancar roket mereka mahu mengambil bahagian dalam konflik ini (perang Russia-Ukraine) kita sepatutnya membiarkan mereka berbuat demikian,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI