fbpx

Jangan sorok bekalan minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar

SERDANG – Peruncit dan peniaga diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan menyorok bekalan minyak masak, susulan penetapan harga minyak masak botol lima kilogram (kg) bermula esok.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan menyorok dan mencatut dengan harga melampau bukan sahaja merugikan malah, membantutkan usaha kerajaan dalam menangani inflasi.

“Selagi ada amalan menyorok bekalan minyak masak, mencatut dan sebagainya, ia tidak membantu kerana masalah kenaikan harga dan bekalan sebenarnya memerlukan kerjasama semua.

“Jangan harga minyak masak akan turun, kita mula sorok bekalan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya ketika ditemui sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini, hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, setakat ini beliau berpuas hati kerana ada peniaga telah menurunkan harga minyak masak walaupun penguatkuasaan harga baharu belum bermula.

“Begitu juga dengan harga ayam apabila ada peniaga menjualnya dengan harga lebih rendah berbanding harga siling RM9.40 sekilogram,” katanya.

Sebelum ini, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi menetapkan, minyak masak sawit dalam botol lima kilogram yang sekarang berharga antara RM39 hingga RM42, akan dijual pada RM34.70 bulan ini bermula esok.

Harga baharu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi Ogos. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI