fbpx

Eisyah kalis cemuhan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EISYAH idam pasangan yang menghormati orang tua dan tidak selekeh

Gadis Pesona Ahad minggu ini memiliki senyuman menawan selain seorang yang gemar bergaya dan berswafoto.

Maka tidak hairanlah, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau ini sering kali berkongsi aktiviti harian di media sosial.

Keterbukaan Eisyah Humaira Zolkifli, 19, itu bagaimanapun menjadikan dirinya sasaran komen negatif netizen.

Kepada Kosmo! Ahad, ­Eisyah berkongsi mengenai sikap­nya dalam mendepani pelbagai tohmahan daripada orang ramai.

Eisyah

Kosmo! Ahad: Kongsikan mengenai diri anda?
Eisyah: Anak kelima dari­pada enam beradik, seorang yang suka bergaya. Setiap kali keluar, saya akan pastikan pakaian dan penampilan sesuai dengan tempat dituju kerana saya suka berswafoto dan ‘OOTD’.

Pernah terima komen negatif di media sosial?
Komen negatif adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan saya pernah menerima pelbagai komen negatif bukan sahaja daripada orang luar malah mereka yang dikenali.Eisyah juga sering menerima komen berunsur lucah daripada pengguna akaun palsu. Biasanya saya akan terus pa­dam dan blok akaun tersebut.

Bagaimana Eisyah hadapi komen negatif itu?
Saya tidak suka membuang masa membalas atau memikirkan sebarang bentuk komen negatif itu. Jadi saya biarkan saja kerana Eisyah hanya ingin aura positif dalam kehidupan seharian saya.

Pengalaman tidak boleh dilupakan sepanjang aktif di media sosial?
Sewaktu pandemik Covid-19 mula melanda dua tahun lalu, saya mula berjinak-jinak membuat ‘paid review’ (ulasan berbayar) tudung di Instagram dan sehingga sekarang ia menjadi salah satu medium untuk saya menambah duit poket tanpa bebankan keluarga.

Kenapa perlu jaga penampilan?
Bagi saya penja­gaan penampilan sangat penting, saya sendiri suka berpakaian kemas dan tidak selekeh. Tak kira keluar bersama siapa pun saya suka mengenakan pakaian yang sopan sopan, kemas dan paling penting ianya menutup aurat.

Ketakutan Eisyah?
Serangga seperti lipas dan cicak.

Siapa Eisya lima tahun lagi?
Mempunyai kerjaya tetap dalam bidang komunikasi. Sejujurnya, saya minat menjadi pembaca berita dan berharap dapat membuka perniagaan sendiri.

Lelaki pilihan Eisyah?
Seorang jejaka yang menjaga solatnya, pandai bergaul dengan orang tua dan pembersih.

Adakah anda mempunyai ikutan atau idola dalam berfesyen?
Sudah tentu. Saya suka melihat gaya atau penampilan ‘influencer’ lain yang sangat memen­tingkan aspek menutup aurat dan pada masa sama tetap berfe­syen mengikut peredaran terkini.
Saya amat berharap dapat mengikut jejak langkah mereka dan memberi contoh yang baik serta positif kepada pengikut di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI