fbpx

Cuaca buruk di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sedang tertumpu sekitar negeri Pantai Timur ketika ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terkesan di Terengganu adalah Marang dan Dungun.

Sementara itu, bagi Pahang cuaca buruk yang sama sedang berlaku di Lipis, Raub dan Bentong.

Menurut MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam ini.

Dalam pada itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi lima daerah terbabit bagi tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI