fbpx

6 pemancing terapung lebih 14 jam akibat bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam pemancing diselamatkan bot nelayan tempatan selepas bot dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Langkawi pada petang semalam.

LANGKAWI – Enam pemancing berdepan detik cemas apabila terapung lebih 14 jam selepas bot dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan ini dekat Pulau Timun pada semalam.

Kesemua pemancing berusia antara 34 hingga 70 tahun itu berjaya diselamatkan bot nelayan tempatan kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu daripada seorang nelayan yang memaklumkan terdapat enam pemancing sedang terapung di laut.

“Bot itu dipercayai karam akibat cuaca buruk di kedudukan 8.2 batu nautika tenggara Pulau Timun kira-kira pukul 6 petang semalam.

“APMM terus mengatur gerak bot Perkasa 1228 ke lokasi kejadian dan apabila tiba di lokasi, kesemua mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada aktiviti memancing ke jeti di Kuala Perlis.

“Semasa kejadian, bot mangsa dipercayai telah dimasuki air akibat cuaca buruk dan ketika diselamatkan, semua mangsa memakai jaket keselamatan dan berpaut pada bumbung bot yang timbul dengan keseluruhan badan bot telah tenggelam,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua mangsa dipindahkan ke bot Perkasa 1228 sebelum dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut di sini, manakala seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut akibat keletihan setelah terapung di laut terlalu lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI