fbpx

23 ditahan di pusat hiburan tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan menerusi operasi awal pagi tadi di sebuah pusat hiburan sekitar ibu kota.

KUALA LUMPUR – Empat penari wanita antara 23 individu ditahan dalam serbuan dekat sebuah premis hiburan yang mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen di Kompleks Wilayah Jalan Dang Wangi di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu berusia 21 hingga 54 tahun itu ditahan pada pukul 3.30 pagi.

“Kita menahan 16 pengunjung, empat penari wanita dan dua pekerja lelaki warga asing serta seorang lelaki warga tempatan disyaki pengurus premis berkenaan,” katanya satu dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, polis turut merampas sebuah pembesar suara, resit perniagaan, empat kad perakam kerja, dua mikrofon, dua alat komunikasi mudah alih dan sebuah komputer riba.

“Selain itu, kita turut merampas tujuh botol minuman keras dan wang tunai berjumlah RM540.

“Kesemua individu itu direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55b, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – KOSMO! ONLINE

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI