fbpx

Petir menyambar dekat White House, tiga orang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHITE HOUSE dilihat dari taman Lafayette Park pada 10 Julai lalu. - AFP

WASHINGTON – Tiga orang termasuk pasangan warga tua yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-56 diisytiharkan meninggal dunia kelmarin selepas dipanah petir di sebuah taman berhampiran White House.

Panahan petir itu mengenai Lafayette Square iaitu sebuah taman awam kecil di seberang jalan setentang dengan White House sejurus sebelum pukul 7 malam (waktu tempatan)  Khamis lalu, menyebabkan dua lelaki dan dua wanita kritikal, demikian menurut kenyataan Jabatan Kebakaran dan Kecemasan Washington.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital tempatan tetapi pagi  semalam, Polis Metropolitan mengesahkan dua daripada mereka meninggal dunia. Mangsa yang mati ialah Donna Mueller, 75 dan suaminya, James Mueller, 76, yang mana kedua-dua mereka berasal dari Janesville di Wisconsin.

Pasangan itu bercinta sejak dari bangku sekolah tinggi dan berada di Washington untuk menyambut ulang tahun perkahwinan, kata anak saudara mereka, Michelle McNett kepada akhbar Milwaukee Journal Sentinel.

Lewat hari yang sama, mangsa ketiga iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun turut meninggal dunia akibat kecederaan, manakala mangsa empat yang juga orang dewasa, masih kritikal.

Seorang jurucakap White House berkata, pentadbiran Presiden Joe Biden sedih dengan kehilangan nyawa yang berlaku.

“Kami mendoakan keselamatan mereka yang masih bertarung nyawa,” kata Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.

Kesemua mangsa mencari perlindungan di bawah sebatang pokok di taman berkenaan ketika ribut petir berlaku.

“Pokok bukan tempat  selamat. Sesiapa yang berlindung di bawah pokok (semasa ribut petir), tempat itu berbahaya,” kata jurucakap jabatan kebakaran dan kecemasan, Vito Maggiolo dalam satu kenyataan di media sosial.

Ribut petir melanda Washington petang Khamis lalu. Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca AS pula, petir membunuh purata 27 orang di negara itu pada setiap tahun sejak sedekad lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI