fbpx

Pengabdi Setan 2, belum tayang sudah meremang!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pelakon filem Pengabdi Setan 2 termasuklah aktor Malaysia, Bront Palarae (tengah).

BELUM tayang tetapi keseramannya sudah dirasai sehingga membuat bulu roma meremang.

Begitulah antara respons orang ramai yang diberikan terhadap filem seram, Pengabdi Setan 2: Communion yang akan menemui penonton di pawagam bermula 11 Ogos ini.

Masih menampilkan barisan pelakon asal seperti Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz dan Bront Palarae, filem tersebut dijangka mendapat sambutan hebat daripada peminat di Malaysia.

“Kali ini, tengok poster pun dah seram, apatah lagi filemnya,” ujar seorang pengguna Twitter.

“Harap penamat filem kedua ini lebih hebat berbanding pertama yang sedikit hambar dan banyak persoalan tidak terungkai,” harap seorang netizen.

Difahamkan, Pengabdi Setan 2 arahan Joko Anwar akan merungkai kesemua tanda tanya yang tercetus dalam filem pertamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI