fbpx

Masalah ‘mat rempit’ salah individu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd. Roslan (dua dari kiri) menyampaikan buku hasil tulisannya bertajuk Rempit Barah Dalam Masyarakat Salah Siapa? kepada Pandak Ahmad pada Majlis Pelancaran Buku Rempit di Plaza Pelangi, Johor Bahru, hari ini. - Foto : RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Gejala samseng jalanan atau lebih dikenali sebagai mat rempit yang masih berleluasa ketika ini bukan kerana kesalahan ibu bapa, masyarakat atau pihak berkuasa sebaliknya salah individu itu secara peribadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr. Mohd. Roslan Mohd. Tahir berkata, perkara itu hasil dapatan kajiannya selama tiga tahun dalam menghasilkan buku Rempit: Barah Dalam Masyarakat Salah Siapa.

Menurutnya, seramai 300 responden yang ditemu bual memberitahu penglibatannya mereka dalam aktiviti berkenaan adalah atas dasar kehendak masing-masing.

“Selama ini masyarakat kita menyalahkan kerajaan, ahli keluarga dan masyarakat, masing-masing menuding jari kepada satu sama lain, tetapi hasil kajian saya mendapati sebaliknya ia adalah salah diri mereka sendiri.

“Daripada sekitar 300 responden yang merupakan mat rempit tegar, mereka mengatakan mereka sendiri yang mahu menjadi mat rempit, sama ada disebabkan keseronokan dan keterujaan ataupun kerana tawaran hadiah sekiranya menang perlumbaan haram,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI