fbpx

Kemudahan simpanan senjata meletup, cetus kebakaran hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap daripada kebakaran hutan di Grunewald di Berlin, Jerman. - Clemens Bilan/EPA-EFE

BERLIN – Sebuah kemudahan penyimpanan senjata di Jerman meletup, lantas mencetuskan kebakaran di hutan Grunewald di Berlin kelmarin, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Jurucakap Jabatan Bomba Berlin, James Klein berkata, keadaan senjata yang disimpan di tapak itu memberikan cabaran kepada anggota bomba.

“Terdapat pelbagai peralatan berbeza disimpan di kemudahan tersebut, jadi, berkemungkinan berlakunya letupan kecil atau lebih besar. 

“Senjata berat turut berada di situ, namun kami optimis ia disimpan dengan baik, disejukkan dan berada dalam bekas keluli supaya keadaannya terpelihara,” kata Klein kepada agensi berita Deutsche Welle.

Sementara itu, pasukan bomba Berlin dalam satu kenyataan berkata, seramai 140 anggota telah dikerahkan ke kawasan kebakaran dengan zon larangan ditetapkan pada jarak 1,000 m di sekitar lokasi letupan.

Menurut kenyataan tersebut, kenderaan berperisai dari angkatan bersenjata Jerman, Bundeswehr turut berada di lokasi kejadian dan akan melakukan siasatan dalam kawasan larangan itu beberapa hari akan datang.

Keadaan panas dan kering memburukkan lagi kebakaran manakala lebuh raya Autobahn antara Spanisher Alle dan Huttenweg ditutup. Laluan kereta api antara stesen Grunewald dan Nikolassee turut disekat, demikian menurut pasukan bomba Berlin.

Menjelang waktu petang, kebakaran telah merebak ke kawasan hutan seluas 50 hektar. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI