fbpx

Hasrat tercapai, Stacy selamat lahir bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy untuk menimang seorang anak lelaki dalam rumah tangga mereka akhirnya tercapai apabila Stacy selamat melahirkan anak kedua mereka pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan Akim menurusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi.

“Segala pujian selayaknya untukmu ya Allah, pukul 10.19 pagi, 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharam 1444 Hijrah, isteriku tercinta, Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami.

“Alhamdulillah, terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis mengucapkan tahniah dan syukur atas kelahiran putera sulung mereka itu.

“Tahniah Akim dan Stacy. Dapat juga anak lelaki seperti yang kamu berdua mahukan.

“Syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah ini. Semoga membesar dengan sihat dan bahagiakan kedua ibu bapa,” komen pengikut.

Terdahulu, spekulasi kehamilan Stacy terjawab apabila penyanyi itu membuat pengesahan sedang berbadan dua pada Mei lalu.

Ketika itu, kandungan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 32, sudah mencecah usia tujuh bulan dan dijangka bersalin awal Ogos.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga di Kota Kinabalu, Sabah pada 2016.

Hasil perkahwinan dengan Akim, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun. Terdahulu, Stacy turut mempunyai seorang anak angkat, Bella Valentina yang dibela sejak sebelum berkahwin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI