fbpx

Danny Mikhail mula petak keenam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danny Mikhail melakar sejarah tersendiri apabila bakal memulakan perlumbaan Wira KBS di Litar Antarabangsa Sepang Utara esok di petak keenam./IHSAN FACEBOOK DANNY MIKHAIL

KUALA LUMPUR – Pelumba pasukan Tobaki Pink Racing, Danny Mikhail Khairul Fauzi melakar sejarah tersendiri dalam kategori Wira KBS Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 apabila bakal memulakan perlumbaan esok di petak keenam.

Pada sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara hari ini, Danny menampilkan tunggangan terbaik apabila melakukan catatan masa keenam terpantas 1:26.108 saat (s) pada saingan shootout.

Ketua pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar nyata gembira dengan keputusan yang dicatatkan anak buahnya itu selepas terpaksa memberi tumpuan pada saingan Wira KBS gara-gara dua pelumba CP125 belum pulih daripada kecederaan.

“Kita terpaksa alih tumpuan ke kategori Wira KBS pada perlumbaan kali ini kerana untuk CP125, Mohamad Harith Farhan (Baharin) belum pulih daripada kecederaan ligamen PCL putus, begitu juga Saiful (Azhary Mohamad) yang tidak cergas sepenuhnya.

“Oleh yang demikian, maka perlumbaan kali ini, kita akan beri tumpuan terhadap aksi Wira KBS yang disertai oleh Danny,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebagai rekod, pelumba pasukan Idemitsu Honda YAM Racing, Md. Farid Hakimi Farid Sezli akan bermula di petak hadapan pada perlumbaan esok selepas mencatat masa terpantas 1:23.879s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI