fbpx

Dahulu selalu fikir anak menyusahkan – Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA ILYA bersama puteri sulungnya, Talita Love.

PETALING JAYA – Pelakon Raja Ilya mengakui pernah mempunyai skeptikal bahawa mempunyai anak merupakan perkara paling menyusahkan dan mengganggu rutin harian hidupnya.

Bagaimanapun, pandangan zaman bujangnya itu meleset sama sekali, sebaliknya Raja Ilya kini bahagia menikmati setiap detik bersama bayinya, Talita pLove.

“Bila bujang selalu fikir ada anak ini menyusahkan, susahkan hidup sendiri, susahkan badan nak mengandung, nak kena jaga bentuk badan.

“Nanti anak buat hal bikin sakit kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal dan kacau tidur dan lain-lain.

“Tapi bila sudah ada anak baru rasa semua itu salah, betapa cerianya mereka walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah, tapi satu hal apabila sudah ada anak, semua rasa macam saya okey, baik-baik saja,” kongsinya dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, Raja Ilya atau nama lengkapnya Ramilah Begum Raja Mohammad berkongsi, puteri sulungnya kini sedang dalam fasa kuat menangis dan hanya golongan ibu faham perasaan yang sedang dirasainya.

“Sekarang dia tengah melalui fasa ‘purple crying’ dan kepada ibu-ibu, tahulah kamu bagaimana perasaan itu kan. Tapi saya tetap rasa tidak mengapalah, saya baik-baik saja.

“Dia seorang bayi yang sangat ceria dan saya bersukur sangat melahirkannya. Terima kasih Talita Love kerana hadir dalam hidup kami dan menambah keceriaan serta gelak tawa. Kami sayang awak,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan berpindah mengikut suaminya ke sana.

Empat tahun berkongsi hidup, pada 1 Julai lalu, pelakon filem KL Vampire itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, Australia.

Sehingga sekarang bahkan sejak dunia dilanda pandemik, sudah dua tahun Raja Ilya tidak pulang ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI