fbpx

AS tunda ujian peluru berpandu balistik antara benua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penyelenggara sedang memeriksa peluru berpandu balistik antara benua Minuteman III. - The Drive

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk menangguhkan ujian peluru berpandu yang telah lama dirancang susulan kebimbangan ke atas tindak balas agresif China terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin. 

Perkara tersebut dimaklumkan satu sumber yang merupakan seorang pegawai tertinggi pentadbiran Presiden Joe Biden.

Keputusan untuk menangguhkan ujian peluru berpandu balistik antara benua Minuteman III yang tidak bersenjata dibuat ketika China melancarkan latihan ketenteraan sebagai tindak balas kepada lawatan Pelosi.

“Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin telah mengarahkan Kementerian Pertahanan (DOD) untuk menangguhkan ujian yang telah dijadualkan itu sebagai langkah keselamatan

“Ini merupakan tindakan yang dilakukan oleh sebuah negara yang bertanggungjawab (AS),” kata pegawai berkenaan.

Ujian tersebut sebelum ini dijadualkan berlangsung pada petang Rabu hingga Khamis namun,  tarikh baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ini bukan kali pertama AS membatalkan ujian peluru berpandu dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan peristiwa geopolitik.

Pada Mac lalu, Austin membatalkan ujian Minuteman III untuk mengelakkan sebarang salah faham atau salah tafsir ketika ketegangan semakin memuncak dengan bagi krisis Russia- Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI