fbpx

30 peratus peserta ladang rakyat Kelantan keluar kepompong kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) menyampaikan replika cek dividen kepada wakil peserta pada Majlis Himpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Pembahagian Dividen Ladang Rakyat Peringkat Ke-56 di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kira-kira 20 hingga 30 peratus peserta Program Ladang Rakyat di Kelantan berjaya keluar daripada paras kemiskinan sejak program tersebut dilancarkan 16 tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, Mohd. Zain Mat berkata, jumlah tersebut merupakan statistik perbadanan itu dengan kesemua peserta telah menerima dividen kira-kira RM161 juta sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, sebahagian dividen sebanyak RM4 juta bagi tahun ini sudah diagihkan melibatkan seramai 4,713 peserta di seluruh negeri ini.

“Setiap peserta menerima RM200 sebulan dan kebiasaannya pembayaran akan dibuat secara terkumpul. Contohnya pada kali ini, bayaran dividen dilakukan untuk lima bulan sekali gus.

“Jadi, setiap peserta Program Ladang Rakyat akan menerima RM2,400 setahun,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Pembahagian Dividen Ladang Rakyat Peringkat Ke-56 di sini hari ini.

Penyampaian dividen itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang turut diiringi oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah.

Mohd. Zain berkata, statisik berkenaan bukan yang terbaharu berikutan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan tidak dapat membuat bancian sejak dua tahun kebelakangan ini.

Katanya, masalah berkenaan adalah disebabkan oleh kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan jangkitan Covid-19 yang turut menjejaskan peserta ladang rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI