fbpx

UEM Sunrise beli tanah RM384 juta di Jalan Sultan Yahya Petra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tanah yang dibeli UEM Sunrise di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak).

PETALING JAYA – Syarikat pemaju hartanah, UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) mengambil alih sebidang tanah pegangan bebas berkeluasan kira-kira 2.58 hektar di persimpangan Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur dengan nilai RM384 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, pihaknya telah menandatangani Perjanjian Jual dan beli (SPA) dengan pemilik asal tanah berkenaan, Nipponkey Sdn Bhd (NipponKey).

Jelas beliau, pelaburan itu akan dijelaskan melalui pembayaran tunai sebanyak RM235.79 juta, manakala RM148.25 juta lagi diselesaikan dengan pertukaran hak milik tanah di Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri, Johor seluas 43.63 hektar.

“Pembangunan tersebut mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.5 bilion dan dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2024.

“Cadangan pembelian itu adalah sejajar dengan pelan pemulihan tiga serampang iaitu Triage (proses saringan dan klasifikasi untuk menentukan keutamaan), Stabilise (menstabilkan) dan Sustain (mengekalkan), bagi mentransformasikan syarikat ke arah pemaju hartanah yang seimbang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sufian berkata, tanah terletak di pusat bandar Kuala Lumpur itu akan dibangunkan dengan projek kediaman bagi golongan muda serta profesional yang mencari lokasi berdekatan dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC).

“Tanah tersebut terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan KLCC melalui pemanduan singkat di sepanjang Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak) dan Jalan Tun Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI