ADA berita sedih dan kurang enak buat semua peminat aktres jelita, Han So-hee.
Han So-hee dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka berhampiran matanya ketika melakukan penggambaran drama bertajuk Gyeongseong Creature baru-baru ini.
Memetik laporan media Korea Selatan, ketika kejadian So-hee sedang melakukan adegan aksi dan tidak semena-mena terjatuh dari tempat tinggi dan menyebabkan luka pada wajah.
Pelakon tersebut kemudiannya terus dirujuk ke unit kecemasan di sebuah hospital berhampiran dan penggambaran terus dihentikan buat sementara waktu.
Perkara tersebut turut disahkan agensinya.
“Benar Han So-hee cedera di sekeliling matanya semasa penggambaran. Kecederaan itu tidak serius dan tidak perlu dibedah,” tulis agensinya.