fbpx

Terima kasih atas kasih sayang, doa – Mizz Nina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIZZ Nina dipuji kerana sangat tenang mendepani perceraian rumah tangganya bersama Noh Salleh. Pada masa sama, dia masih sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

PETALING JAYA – Selepas berita keruntuhan rumah tangganya bersama Noh Salleh mengejutkan ramai pihak dan menjadi perhatian peminat, Mizz Nina dilihat tenang berdepan kontroversi yang melanda.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, menitipkan terima kasih buat semua yang menyalurkan cinta, doa dan sokongan buat dirinya, Noh dan anak angkat mereka, Musa.

“Untuk semua kasih sayang, doa dan sokongan buat Noh, Musa dan saya (disertakan emoji bentuk hati),” tulis Mizz Nina.

Dalam hantaran sama, selebriti yang juga aktivis kemanusiaan itu turut menulis sepotong doa untuk dirinya.

Antara bunyi doa tersebut berkaitan dengan permintaan agar dirinya menjadi lebih baik daripada sangkaan orang ramai serta diampuni atas segala yang tidak diketahui orang lain.

“Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka tentangku. Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui tentangku.

“Janganlah engkau memperhitungkan apa yang mereka katakan tentangku,” titipnya.

Perkongsian tersebut merupakan hantaran terkini Mizz Nina selepas membuat pengumuman tentang perceraiannya bersama Noh malam tadi.

Menerusi hantaran lain, Mizz Nina turut berkongsi petikan surah Al-Hujurat ayat 12 mengandungi pesanan tentang prasangka negatif dan dosa mengumpat.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak andaian (negatif). Sesungguhnya sesetengah andaian adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mengumpat sesama sendiri.

“Adakah salah seorang di antara kalian suka memakan daging saudaranya apabila sudah mati? Kalian akan membencinya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang,” kongsinya.

Perpisahan pasangan yang sudah 11 tahun berkahwin itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum akhirnya berpisah secara baik.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan itu dikhabarkan menemui titik noktah selepas timbul dakwaan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.

Sebelum ini, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah ketika ditemui media pada 13 Julai lalu.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Sekitar April lalu, Noh dan Mizz Nina memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI