fbpx

Tengku Zafrul antara tiga ‘calon boleh menang’ di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Shahril Sufian, Tengku Zafrul dan Mohd. Imran merupakan trio yang mampu membawa kemenangan BN di Selangor.

SHAH ALAM – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara tiga individu berpotensi diketengahkan sebagai ‘Calon Boleh Menang’ di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dua individu lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Ketua Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, rakyat memberi sambutan positif dengan keputusan Tengku Zafrul untuk menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU).

“Ternyata rakyat memang mengidamkan muka-muka baharu untuk mengetuai kepimpinan negeri ini.

“Nama Tengku Zafrul bukan lagi asing di kerana jawatan sebagai menteri berportfolio penting di dalam kabinet kerajaan membuatkan anak kelahiran Kuala Selangor itu sentiasa mendapat publisiti berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu, Mohd. Imran yang juga peguam pula sedang meneruskan perkhidmatan cemerlang sebagai wakil rakyat BN sejak PRU-14 lalu.

“Perbahasan beliau dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)  Selangor sering kali menuntut pembelaaan isu rakyat bukan saja di Sungai Panjang malah seluruh negeri ini.

“Kemampuan Mohd. Imran menang dengan majoriti 2,084 undi sebelum ini membuktikan beliau mempunyai aura tersendiri dan mampu pergi jauh jika diberi peluang,” ujarnya.

Jelas Jamal, Shahril Sufian yang juga Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri pula mempunyai latar akademik amat cemerlang dalam bidang ekonomi.

Justeru, beliau yakin gandingan tiga anak Selangor itu mampu menjadi senjata barisan hadapan BN untuk merampas semula Selangor nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI