fbpx

Syarikat tawar jawatan makan gula-gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Candy Funhouse menyiarkan versi iklan pekerjaan yang unik di YouTube. - Candy Funhouse/YouTube

OTTAWA, KANADA – Sebuah syarikat peruncit gula-gula online di Kanada menawarkan bayaran berjumlah £64,000 (RM346,080) setahun kepada sesiapa yang mahu bekerja dari rumah sambil makan makanan manis keluarannya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Candy Funhouse, menyiarkan iklan jawatan ‘Ketua Pegawai Gula-Gula’ dengan tugas memimpin mesyuarat lembaga gula-gula, menjadi ketua penguji rasa serta beberapa tugas yang menyeronokkan.

Pekerjaan itu disiarkan di laman LinkedIn pada Julai lalu dan menerima beribu-ribu permohonan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Hejazi kepada stesen penyiaran CNN.

Huraian iklan itu mengatakan bahawa jawatan berkenaan tidak terikat dengan umur dan terbuka kepada sesiapa yang berusia lebih dari lima tahun dan tinggal di Amerika Utara.

Syarikat yang berpangkalan di luar Toronto itu dikendalikan oleh empat beradik berusia 20-an hingga 30-an. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI