fbpx

Sepanyol hadkan suhu pendingin hawa dan pemanas bangunan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bangunan berpendingin hawa di Madrid - AFP

MADRID – Pihak berkuasa Sepanyol memutuskan untuk melaksanakan satu langkah penjimatan tenaga baharu dengan mengehadkan suhu pemanas dan pendingin hawa di bangunan awam dan komersial, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Pemanas di tempat awam tidak boleh ditetapkan melebihi suhu 19 darjah Celsius manakala pendingin hawa tidak kurang daripada 27 darjah Celsius. 

Arahan tersebut akan dilaksanakan dalam masa seminggu di beberapa tempat termasuk bangunan awam, pusat beli-belah, pawagam, teater, stesen kereta api dan lapangan terbang.

Pencerobohan Russia yang berterusan ke atas Ukraine telah menyebabkan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) ingin mengurangkan pergantungan kepada eksport minyak Russia dan keputusan ini memainkan peranan yang besar.

Sepanyol bersetuju mengurangkan tujuh hingga lapan peratus penggunaan gas yang menjadi punca disebalik langkah terbaharu ini.

“Ini salah satu daripada beberapa siri langkah untuk menjimatkan tenaga dan menggunakannya dengan lebih cekap dan mendesak untuk mengurangkan penggunaan tenaga secara umum dan mengurangkan pergantungan kita kepada tenaga di luar ekonomi Sepanyol,” jelas dekri itu.

Walaupun langkah berkenaan akan berkuat kuasa sehingga November 2023, kerajaan Sepanyol ingin menjadikan perkara itu sebagai amalan biasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI