fbpx

Pengunjung ‘lepas rindu’ serbu MAHA 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARI pertama penganjuran MAHA 2022 di MAEPS, Serdang semalam mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang teruja selepas kali terakhir diadakan pada 2018. – FARIZ RUSADIO

SERDANG – Hari pertama penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini semalam mendapat sambutan meriah daripada pengunjung.

Tinjauan Kosmo! mendapati, biarpun hujan di sebelah pagi dan berlaku kesesakan, ken­deraan pengunjung tidak putus-putus sejak pukul 8 pagi, malah semakin bertambah menjelang tengah hari.

Rata-rata orang ramai yang ditemui mengakui ternanti-nanti penganjuran MAHA 2022 memandangkan kali terakhir ia berlangsung pada 2018 serta tidak dapat diadakan pada 2020 kerana pandemik Covid-19.

Pesara, Abdul Majid Jamaludin, 63, berkata, dia tiba bersama isteri dan anak dari Puchong pukul 10.30 pagi bagi mencari anak pokok untuk ditanam di dusun miliknya di Kuala Pilah, ­Negeri Sembilan.

“Boleh dikatakan MAHA adalah acara wajib kami kunjungi. Kali ini sudah bersara, jadi banyak hari terluang untuk berkebun.

“Tidak sangka pula, hari pertama sudah ramai pengunjung dan ini belum lagi cuti Sabtu dan Ahad,” katanya.

Pengunjung lain, Azhar Mat Noor, 59, yang datang bersama isteri memberitahu, dia sekeluarga tidak melepaskan peluang berkunjung ke MAHA memandangkan banyak produk dan hasil tanaman boleh diperolehi dengan harga berpatutan.

“Hari pertama sudah diserbu, mereka juga ­seperti kami menanti pameran terbesar ini selepas empat tahun.

“Kami sekeluarga merancang datang lagi pada hujung minggu kerana hari ini (semalam) anak-anak bekerja. Memang tidak cukup jika sehari,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengusaha Malacca Rock Melon, Rosdi Mohamed, 49, berkata, ini kali pertama dia menyertai MAHA dan berharap pameran ini rezeki pengusaha dan penjual.

MAHA 2022 bermula semalam hingga 14 Ogos di MAEPS adalah pameran pertanian terbesar dan berprestij menonjolkan sebanyak 1,500 gerai pa­meran dengan potensi nilai jualan lebih RM250 juta.

Sebanyak lapan laman disediakan, antaranya pertanian dan penternakan dengan terdapat 22 segmen yang menampilkan tarikannya tersendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI