fbpx

Malaysia tangga ke-130 indeks bersih dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sikap jelik sebahagian besar rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata dilihat memberi impak kepada kebersihan negara apabila Malaysia berada di tangga 130 dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI).

Berdasarkan laporan indeks tahunan itu, Malaysia hanya mengutip sebanyak 130 mata seterusnya berada di tangga ke-50 sebagai negara paling kotor di dunia.

“Di peringkat Asia Tenggara pula, Malaysia agak jauh ketinggalan dengan Singapura yang berada paling atas iaitu tempat ke-44 dunia.

“Begitu juga negara tetangga iaitu Brunei (ke-71), Thailand (ke-108) selain Timor Leste di kedudukan ke-129,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan Malaysia adalah lebih baik berbanding Laos (ke-149), Kemboja (ke-154), Filipina (ke-158), Indonesia (ke-164), Vietnam (ke-178) dan Myanmar (ke-179).

“Di peringkat Asia pula, Jepun mengungguli carta sebagai negara terbersih di benua ini iaitu ke-25 dunia, diikuti Singapura, Korea Selatan (ke-63), Brunei dan Taiwan (ke-74).

“Sementara negara paling kotor di Asia dipegang oleh India juga terkotor di dunia (ke-180) disusuli Myanmar, Vietnam, Bangladesh (ke-177), Pakistan (ke-176) dan Turkiye (ke-172),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI