fbpx

Kastam Sabah rampas 9,000 kotak minuman keras tanpa cukai RM1.568 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Julaiman (dua dari kanan) menunjukkan sebehagian minuman keras tanpa cukai yang berjaya dirampas di Pelabuhan Sepanggar. - Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Sebanyak 9,000 kotak minuman keras tanpa cukai dianggarkan dengan nilai keseluruhan RM1.568 juta termasuk cukai berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dalam pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar pada 29 Julai lalu.

Dalam operasi pukul 10.50 pagi itu, kejayaan adalah hasil daripada pemeriksaan yang dibuat menerusi mesin pengimbas terhadap tiga kontena yang terdapat di pelabuhan berkenaan.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Julaiman Soimin berkata, ketiga-tiga kontena berkenaan diisytiharkan sebagai barang dagangan lain termasuk tisu dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, hasil imbasan imej menunjukkan semua kontena berkenaan didapati berisi minuman keras yang dianggarkan bernilai RM658,000 dan melibatkan jumlah cukai RM910,000 juta.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya ketika sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Julaiman menyatakan JKDM Sabah amat komited dalam usaha menangani sebarang aktiviti yang melibatkan penyeludupan.

Sementara itu, Julaiman turut menggesa masyarakat agar membantu pihak JKDM dalam usaha memerangi jenayah penyeludupan khususnya membabitkan rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI