fbpx

Isu p-hailing dapat perhatian PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khaizul Nizam (duduk tengah) ketika mengadakan sidang akhbar bersama wakil persatuan penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Isu membabitkan penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Khaizul Nizam Mohamad Zuldin berkata, Ismail Sabri mengarahkan beliau bertemu wakil penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing hari ini bagi mendapatkan pencerahan berhubung isu yang timbul.

“PM prihatin terhadap isu ini. Hari ini saya diarahkan untuk bertemu dan berbincang dengan wakil penghantar makanan p-hailing serta pemandu e-hailing.

“Antara isu yang dibangkitkan oleh wakil penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing adalah berhubung caj dikenakan terhadap mereka.

“Turut dibangkitkan berkenaan lambakan penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani dan Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Mohd. Azril Ahmat.

Khaizul Nizam berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah bersetuju berjumpa dengan wakil penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing pada Isnin ini, pukul 2.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI