fbpx

Indonesia guna data khas dalam usaha basmi status miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan mensasarkan mengurangkan kadar miskin tegar rakyat sebanyak satu peratus setiap tahun sehingga 2024. - Zona Rakyat

JAKARTA – Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata kerajaan telah mereka data khas untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Indonesia, lapor laman Tribunnews, semalam.

Menurut Muhadjir, data khas ini adalah untuk meningkatkan capaian sasaran campur tangan kerajaan dalam menangani kemiskinan di republik itu.

Data khas tersebut diberi nama Data Sasaran Percepatan Pembasmian Kemiskinan Tegar (P3KE).

“Kami menggunakan data khusus bernama P3KE. Ini data terakhir dari pengemaskinian triangulasi melalui pengesahan data sedia ada,” kata Muhadjir.

Jelasnya, data P3KE bersumberkan kutipan data Agensi Penduduk dan Perancang Keluarga Negara (BKKBN) yang mengikut status kebajikan untuk diselaraskan dengan data program kementerian dan kerajaan tempatan.

Data P3KE digunakan untuk melengkapkan Data Kebajikan Masyarakat Bersepadu dan meningkatkan ketepatan sasaran program kemiskinan.

Fokus utama P3KE adalah untuk mengesan keluarga miskin tegar yang belum menerima program atau apa yang dipanggil ralat pengecualian.

“Semua maklumat ini disusun rapi untuk pastikan siapa yang benar-benar menjadi kumpulan sasar dengan nama mengikut alamat,” kata Muhadjir.

Beliau berharap dengan adanya data P3KE, penyaluran campur tangan bantuan daripada kerajaan dapat sampai kepada golongan yang belum mendapat bantuan, yang tidak direkodkan dalam data penduduk dan lebih disasarkan.

Sebelum ini, kerajaan menyasarkan kadar kemiskinan tegar dapat dikurangkan sebanyak satu peratus setiap tahun sehingga 2024. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI