fbpx

Bayi kembar hidap masalah jantung perlu RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL HASYA dilaporkan menghidap masalah jantung selain tidak boleh menangis dan mengeluarkan suara sejak dilahirkan.

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri terpaksa menerima ujian hidup apabila seorang daripada anak kembar perempuan mereka mengalami masalah tidak boleh menangis dan mengeluarkan suara sejak dilahirkan.

Bayi itu, Nurul Hasya Adzkiya Borhan yang kini berusia empat bulan juga dikesan menghidap masalah jantung dan memerlukan dana sebanyak RM50,000 untuk tujuan pembedahan.

Kembar kepada Nurul Hasya Adzkiya iaitu Nurul Hessa Adzkiya bagaimanapun tidak me­ngalami sebarang masalah kesihatan dan kini dijaga oleh nenek mereka.

Bapa pasangan kembar itu, Borhan Zolkeffli, 28, berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai operator kilang selepas isterinya, Nurul Ain Halimatusaadiah Nasrudin, 26, menghidapi pelbagai masalah kesihatan ketika hamil sebelum ini.

“Situasi ini menyebabkan kami kini berdepan masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan rawatan selain kos pengangkutan untuk membawa Nurul Hasya Adzkiya berulang-alik ke hospital,” katanya di sini baru-baru ini.

Borhan sebelum ini bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan, manakala isterinya seorang guru Pendidikan Khas dengan gaji berjumlah RM2,391.

Justeru, pasangan itu terpaksa mendapatkan bantuan daripada pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare bagi mengumpul dana awam untuk merawat anak mereka.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, selepas membuat beberapa pengesahan berkaitan, pihaknya bersetuju untuk membantu pasangan tersebut.

Menurutnya, beliau sebelum ini dimaklumkan yang Nurul Hasya Adzkiya masih perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memantau tahap kesihatannya.

“Doktor juga telah mengajar ibu bapanya teknik bantuan pernafasan atau CPR untuk bayi mereka jika si kecil itu mempunyai gejala kekurangan oksigen atau denyutan jantung berhenti sebelum sampai ke hospital.

“Bagaimanapun, pada pemeriksaan berkala yang lalu, doktor mendapati bahawa saluran darahnya gagal berkembang dan kandungan oksigen di dalam darah makin berkurangan.

“Justeru, dia perlu dirujuk ke hospital pakar swasta untuk menjalani satu prosedur pembedahan yang dikenali sebagai ‘Blalock-Taussig Shunt’ dengan kos sebanyak RM50,000,” kata beliau.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui aplikasi One Hope Charity.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI