fbpx

Azerbaijan jalankan operasi ketenteraan di Nagorno-Karabakh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Operasi Dendam’ di Nagorno-Karabakh. - Kementerian Pertahanan Azerbaijan

BAKU, Azerbaijan – Tentera Azerbaijan menjalankan operasi ketenteraan terhadap kumpulan militan etnik Armenia di wilayah Nagorno-Karabakh yang berusaha mewujudkan ‘kedudukan tempur baharu’ di rantau itu, lapor laman berita RT, kelmarin. 

Menurut kementerian pertahanan, operasi tersebut dilancarkan selepas penentang mencabuli perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani Armenia dan Azerbaijan yang mendapat campur tangan Russia pada 2020.

Azerbaijan sebelum ini menuduh penduduk Armenia menyerang kedudukannya di wilayah itu dan mengesahkan kematian sekurang-kurangnya seorang askar.

Tentera Azerbaijan merampas kawalan kepimpinan tertinggi etnik militan itu dalam pertempuran yang digelar ‘Operasi Dendam’.

Kementerian itu juga memuat naik satu klip video yang menunjukkan serangan udara ke atas pangkalan militia tempatan yang menempatkan beberapa unit meriam. Ketegangan semakin memuncak di Nagorno-Karabakh sejak beberapa hari ini. 

Kebanyakan kawasan itu yang diiktiraf secara rasmi sebagai sebahagian daripada Azerbaijan tetapi berada di bawah kawalan etnik Armenia. 

Kedua-dua negara baru-baru ini menuduh satu sama lain melakukan provokasi ketenteraan di rantau berkenaan dan melaporkan kematian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI