PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka dialami di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca yang sama turut diramal berlaku di Labuan.
“Sarawak di Kuching (Bau dan Kuching), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song)
“Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu),” kata kenyataan itu di Facebook.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE