fbpx

Tiger Woods tolak tawaran mewah AS$800 juta sertai LIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODS melahirkan rasa kecewa kerana ramai pemain terkenal dunia menyertai saingan Siri Jemputan Golf LIV sambil mendakwa merosakkan sukan golf.

NEW YORK – Pemain golf terkemuka dunia, Tiger Woods dikatakan telah menolak tawaran antara AS$700 hingga AS$800 juta untuk mengambil bahagian dalam Siri Jemputan Golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi.

Kejohanan golf terbesar di dunia tersebut hadir dengan tawaran hadiah kemenangan cukup lumayan dan dibiayai oleh Public Investment Fund (PIF).

Bagaimanapun, pemenang 15 kali kejohanan utama, Woods dilihat tidak bersetuju mengenai siri golf tersebut dan kecewa ramai pemain terkenal dunia menyertai saingan tersebut sambil mendakwa merosakkan sukan golf.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Greg Norman mengesahkan perkara itu, namun mendedahkan tawaran lumayan itu dibuat sebelum dia dilantik sebagai CEO kejohanan kontroversi tersebut.

“Tawaran tersebut dibuat sebelum saya memegang jawatan CEO. Jadi, soal tawaran lumayan itu sudah ada. Woods adalah pemain tumpuan, jadi mereka sentiasa mencari pemain terbaik.

“Jadi angka $700 hingga 800 juta itu pernah dibincangkan sebelum ini,” kata Norman.

Beberapa pemain terkemuka dunia sudah bersetuju menyertai kejohanan paling lumayan itu termasuk Phil Mickelson, Dustin Johnson dan Bryson DeChambeau dengan sebahagiannya dilaporkan dibayar ratusan juta dolar.

Juara baharu Terbuka British, Cameron Smith antara pemain terbaharu dilaporkan berminat menyertai LIV Golf yang sudah mendapat persetujuan dengan kontrak lumayan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI