fbpx

Syarikat dari Idaho masak makaroni keju terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang juri dari Guinness World Records mengesahkan rekod tersebut. - Instagram

LOGAN, UTAH – Sebuah syarikat makanan yang berpangkalan di Idaho, Amerika Syarikat (AS) memecahkan Guinness World Records dengan memasak hidangan makaroni keju (mac and cheese) seberat 2,150.9 kilogram (kg), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Scheiber Foods menerusi akaun media sosial syarikat itu mengumumkan berjaya memecahkan rekod makaroni keju terbesar apabila makanan itu dihidang dan diperiksa oleh seorang juri Guinness World Records di kilangnya di Logan.

Makaroni keju tersebut memecahkan rekod hidanga sama seberat 1,119.9 kg yang dipecahkan oleh Cabot Creamery Cooperative dan Chef John Folse & Company di New Orleans pada 2010.

Menurut penganjur, percubaan pertama pada mulanya terpaksa ditangguhkan kerana penerbangan juri ditangguhkan. 

Percubaan kali kedua pula dibatalkan kerana mereka menggunakan susu bergaram. Pegawai berkata, peraturan Guinness World Records memerlukan setiap ramuan ditambah secara berasingan.

“Ia perlu disahkan dan diluluskan terlebih dahulu untuk resipi dan nisbahnya.

“Kami perlu melihat bahawa semuanya dilakukan dalam keadaan bersih supaya anda semua selamat untuk makan hidangan makaroni keju ini,” kata juri, Brittany Dunn ketika mengumumkan kejayaan rekod tersebut.

Hidangan makaroni keju itu kemudian dihidangkan kepada ratusan individu yang mula beratur pada awal tengah hari untuk merasai makanan tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI