fbpx

9 anggota kes peras ugut belum dipindahkan ke Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani (dua dari kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan setakat ini sembilan anggota dikaitan dengan kes peras ugut di Selangor belum dipindahkan ke Sabah dan Sarawak.

“Kita mengambil maklum semua permintaan kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai isu ini. Semua mereka (sembilan anggota polis) belum lagi dipindahkan ke Sabah dan Sarawak.

“Kita juga akan mengkaji semula pemindahan semua anggotanya ke Sabah dan Sarawak. Apa sahaja maklumat mengenai isu ini kita akan salurkan melalui Unit Komunikasi Korporat PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi menyatakan sembilan anggota polis disiasat selepas dipercayai terlibat kes peras ugut seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah baru-baru ini.

Menurutnya, semua anggota berkenaan ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI