fbpx

Sadio Mane bukan bintang kelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE disifatkan oleh Rummenigge sebagai bukan pemain berkelas dunia dan Bayern tidak patut melakukan perpindahan tersebut. – AFP

MUNICH – Bekas pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge cetus sensasi apabila tidak mengiktiraf kualiti Sadio Mane dan Matthijs de Ligt sebagai pemain berkelas dunia.

Menerusi satu kolum yang diterbitkan media tempatan, Rummenigge seakan hilang kata-kata dan terkilan dengan aktiviti perpindahan pemain dilakukan Bayern Munich.

Menguatkan lagi kenyataan dilakukannya, bekas pemain kebangsaan Jerman itu tidak merasakan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akan melepaskan Mane dengan begitu mudah sekiranya penyerang Senegal itu sedang berada di puncak terbaik.

“Kalau Mane sedang berada di tahap terbaik, Jurgen Klopp pasti akan berjuang habis-habisan untuk mengekalkan Mane di Liver­pool. Sejujurnya, saya tidak boleh turut serta untuk meraikan kegembiraan ini.

“Saya begitu hormati Mane dan De Ligt, namun bagi saya mereka bukan pemain yang berkelas dunia. Mane akan menghadirkan impak kepada Bundesliga, namun usianya sudah mencecah 30 tahun dan saya tidak lihat dia sedang berada di tahap tertinggi,” katanya.

Rummenigge juga menyifatkan langkah menyenaraikan De Ligt dalam kesebelasan utama hanya akan menghadirkan risiko dan bertegas Bayern sepatutnya cuba mengekalkan Niklas Sule.

Pada masa sama, Rummenigge lebih tertarik menyaksikan penampilan seorang lagi bintang baharu Bayern, Noussair Mazraoui yang disifatkan mampu hadirkan kejayaan buat pasukan.

“Dia (Mazraoui) mengingatkan saya bekas pemain Borussia Dortmund, Achraf Hakimi. Saya percaya Mazraoui akan banyak membantu Bayern Munich,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI