fbpx

Pakatan jahat Sally kaut berat emas berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Iqbal menunjukkan Sally yang merupakan suspek utama dalam kes tersebut.

SHAH ALAM – Pakatan jenayah seorang wanita dan pekerja kedai barangan kemas sejak tujuh bulan lalu dalam melakukan pencurian timbang berat emas terbongkar selepas mereka dicekup semalam.

Dalam operasi selama 14 jam bermula pukul 7 pagi itu, suspek utama dikenali Sally, 42, yang merupakan pemborong emas ditangkap di sebuah apartmen di Bandar Puteri Puchong dekat sini.

Turut ditahan adik lelaki Sally, pekerja kedai emas dan tujuh yang lain termasuk pemilik dan pekerja kedai pajak gadai di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 17 dan Jalan Tengku Ampuan Zabedah. Kesemua mereka berusia 25 hingga 70 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu terbongkar selepas pihaknya menerima laporan polis pada pukul 9 malam, 31 Julai lalu daripada seorang pemilik kedai emas di Seksyen 7 di sini.

Katanya, berdasarkan laporan didapati berlaku kekurangan stok emas 1.5 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM1 juta selepas audit dilakukan pemilik kedai tersebut.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang pekerja wanita berurusan dengan pemborong bernama Sally.

“Semakan mendapati ada urusan transaksi mencurigakan dengan hasil dalaman mendapati pekerja itu memberikan timbangan berlebihan 300 hingga 500 gram (g) kepada Sally bagi setiap transaksi yang dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Iqbal ( tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

Kata beliau, segram emas dianggarkan bernilai RM252 dengan kerugian bagi berat timbangan satu transaksi mencecah sehingga RM75,000.

Tambah Mohd. Iqbal, siasatan mendapati terdapat lebih 150 transaksi sepanjang tempoh tersebut.

“Pekerja wanita itu memperoleh RM3,000 bagi setiap transaksi dilakukan.

“Sally menjual barangan kemas itu kepada kedai pajak gadai atau menjual semula di kedai emas lain bagi mendapatkan keuntungan. Semua urusan dilakukan secara tunai,” ujarnya.

Selain tangkapan, polis merampas wang RM414,700, 80 jenis barangan kemas, 10 unit telefon bimbit, kenderaan Toyota Harrier dan pelbagai dokumen berkaitan termasuk resit pajak gadai,” katanya.

Sally, adik lelakinya dan pekerja kedai itu direman untuk siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI