fbpx

Noh Hujan, Mizz Nina sah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH hari ini dalam Instagramnya mengesahkan sudah bercerai dengan Nina.

PETALING JAYA – Selepas 11 tahun bergelar suami isteri, pasangan selebriti popular, Noh Hujan dan Mizz Nina yang juga aktivis kemanusiaan akhirnya berakhir dengan perceraian.

Khabar duka tersebut dikongsi oleh Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Menurut vokalis kumpulan Hujan itu, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.

“Setelah berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.

Menurutnya, dia dan Nina telah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi momen indah, jatuh dan bangun bersama.

“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya lagi.

Tambahnya, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.

“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.

“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik fotonya di tepi pantai bersama Nina yang dilihat mendukung anak mereka, Musa.

Pergolakan dalam rumah tangga pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh dikhabarkan telah menemui titik noktah selepas timbul dakwaan memberitahu kedua-duanya telah sah bercerai talak satu.

Pasangan itu dikatakan sudah bercerai dalam satu prosedur di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.

Difahamkan juga, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, dan Noh, 37, telah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Sebelum kisah perceraian mereka hangat diperkatakan hari ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @thentang telah membuat ciapan dalam Twitter seolah-olah memberi bayangan bahawa pasangan itu sudah sah bercerai.

“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula,” ciap Twitter itu.

Sementara itu, Mizz Nina menerusi Instagram pula memberi peringatan tentang kuasa doa dan hendaklah sentiasa mendoakan kebaikan buat semua orang.

Terdahulu, pada 13 Julai lalu, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah.

“Entahlah tiada komen. Korang semua kena tipu. Semoga berjaya,” katanya kepada pihak media.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI