KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa jumlah sebenar data peribadi yang terlibat dalam ketirisan adalah sebanyak 120,296,000.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah kebocoran data peribadi tersebut berdasarkan catatan dan rekod kementeriannya.
“Namun demikian perlu dijelaskan yang tertakluk di bawah bidang kuasa K-KOMM adalah bagi tujuan transaksi komersial. Data di jabatan dan kementerian tidak tertakluk dibawah akta ini (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]
“Butiran terperinci akan diberikan secara bertulis tentang beberapa tindakan termasuk denda dikenakan terhadap beberapa syarikat terlibat dan dapat dibuktikan telah melakukan kesalahan yang menyebabkan ketirisan data setelah pendakwaan dikenakan,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir (PN-Setiu) berapa ramai telah disabitkan di bawah Akta 709 dan sejauh mana kajian dilakukan bagi melihat kaedah diambil langkah negara lain bagi mengekang isu kebocoron data peribadi. – KOSMO! ONLINE